Ini adalah koleksi latihan Karangan Bahasa Malaysia peringkat STPM di bawah kategori Latihan BM
Soalan 4:
Negara kita kerap dilanda banjir terutamanya semasa tibanya musim tengkuju. Sebenarnya risiko untuk mengalami bencana banjir yang buruk di negara kita boleh dikurangkan jika kita mengambil langkah-langkah berkesan untuk mengelakkannya. Bincangkan kesan-kesan banjir dan langkah-langkah efektif yang perlu kita laksanakan untuk menangani masalah ini.
Memahami soalan:
Soalan ini mudah; calon hanya dikehendaki membincangkan kesan-kesan banjir dan langkah-langkah efektif (berkesan) dalam mengawal banjir supaya ia / kesannya dapat diminimumkan.
Berikut adalah cadangan isi-isi karangan (sila dapatkan maklumat / contoh / data sendiri untuk menyokong idea ini. Selitkanlah juga penggunaan peribahasa dalam setiap idea ini (semasa menghuraikannya).
Kesan-kesan banjir:
- Kerosakan harta benda / infrastruktur (jalan raya, kereta, jambatan, rumah, kemudahan awam lain dan sebagainya)
- Ekonomi masyarakat terjejas (peniaga, aktiviti seharian, pertanian, perikanan)
- Masalah kesihatan (penyakit berjangkit, air kotor, bangkai-bangkai haiwan, sampah sarap berselerak dan sebagainya)
- Emosi awam (ramai yang terganggu rutin seharian, keluarga terganggu, petempatan sementara, masalah makanan, dan sebagainya)
Langkah-langkah:
- Memperbaiki sistem saliran – sistem perparitan / pengairan (mengelak banjir)
- Menyediakan sistem maklumat awal tentang keadaan banjir, sungai (aras bahaya dan sebagainya); supaya masyarakat lebih bersedia awal.
- Membentuk benteng dan sistem pembentungan (kolam tadahan banjir)
Bacaan lanjut; sila google sendiri….









