
Salam hormat semua!
Terima kasih atas lawatan anda dalam ruangan ini. Kehadiran pembaca merupakan sokongan kepada saya dalam meneruskan website ini.
Latar belakang:
- Domain dan hosting Edidik.com didaftarkan atas nama saya bermula 22 Jun 2010. Website ini merupakan platform rujukan saya dan pelajar-pelajar saya terutamanya berkaitan dengan isu-isu semasa, bahasa, pengajian am dan sebagainya.
- Pada 20 Mei 2012 (setelah 2 tahun edidik.com beroperasi), saya telah migrate server / hosting edidik.com ke tempat lain dengan kapasiti bandwidth yang lebih tinggi (unlimited). Hal ini memandangkan pelawat edidik.com semakin hari semakin bertambah.
- Terdapat lebih kurang 400-500 unik visitor edidik.com dalam sehari. Ini adalah benar-benar di luar dugaan saya. Sekali lagi, terima kasih kepada sokongan anda!
Kumpulan Editor Edidik.com:
- Edidik.com dibangunkan untuk perkongsian pelbagai ilmu berkaitan dengan pendidikan khususnya peringkat pra-universiti dan universiti. Justeru bagi memenuhi tuntutan ini, beberapa kumpulan dan individu telah dengan secara suka rela terlibat pengembangan maklumat dalam edidik.com. Kumpulan editor ini melibatkan guru-guru pra-universiti di seluruh Malaysia, dan orang-orang persendirian.
- Pengurusan edidik.com masih mengalu-alukan sumbangan dari pembaca atau guru-guru dalam bentuk artikel / bahan dan sebagainya untuk dimuatkan di sini.
Bahan-bahan Edidik.com:
- Bahan-bahan yang terdapat dalam edidik.com adalah melibatkan pelbagai disiplin ilmu seperti bahasa, budaya, pengajian am, sejarah, ekonomi, politik, hak-hak asasi, pentadbiran awam dan swasta, badan-badan bukan kerajaan (NGO), hubungan antarabangsa, isu-isu semasa dan sebagainya.
- Bahan-bahan ini adalah bersumber dan ‘ditapis’ kesahihannya supaya ia menjadi bahan rujukan yang diyakini.
Objektif Edidik.Com:
- Sebagai platform rujukan guru-guru dan pelajar-pelajar khususnya berkaitan dengan isu-isu semasa dan mata pelajaran Pengajian Am dan Bahasa Melayu.
- Ruangan upload/download bank soalan penting bagi mata pelajaran berkaitan.
- Sebagai media alternatif
- dan macam-macam lagi lah….

Penafian:
Sila ambil perhatian bahawa kebanyakan bahan / artikel dalam media ini diperolehi dari sumber yang rasmi dan diyakini. Editor telah memasukkan dari mana sumber dan pemiliknya untuk menghargai sumbangan mereka.
Bagaimanapun, editor tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana bahan atau maklumat yang terdapat dalam media ini sekiranya ia membawa ‘ketidakselesaan’, kerosakan atau kemudaratan kepada pembaca / pelawat.
Ambil perhatian bahawa informasi dalam web ini adalah hanya untuk AKADEMIK sahaja. Sila gunakan kebijaksanaan anda dalam menilai dan memiliki bahan / maklumat-maklumat tersebut.
Bagaimana untuk menghubungi?
Sebarang pandangan, pertanyaan, komen atau apa-apa sumbangan, sila emailkan kepada support(@)edidik.com atau cjangeleyes(@)gmail.com (sila buang tanda kurungan ‘(‘ dan ‘ )’.


